Saturday 2 March 2013

Movie Day Out With Siti Saleha


Assalamualaikum dan salam sejahtera TSS Sweetheartz sekalian,

Semua pun dah tahu yang pada 14 haribulan Februari 2013 yang lalu telah bermula tayangan umum bagi Filem Kerat 14 di pawagam iaitu merupakan filem pertama Siti Saleha di layar perak. Kalau masih tak tahu sila lihat iklan di atas, bawah dan tepi blog ni hehehe.

Poster Filem



Jika pada catatan lepas, kami ceritakan peluang yang diperolehi oleh admin-admin TSS serta sebahagian peminat menyaksikan Tayangan Perdana Filem Kerat 14 ni bersama teraju utamanya, pihak produksi dan media, kali ini lebih hebat lagi. 

Saya tak bunuh..saya tak bunuh..saya kerat kek saja hehehe


Pada 17.2.2013, iaitu pada hari Ahad yang merupakan hari keempat tayangan filem tersebut, Team Siti Saleha (TSS) telah berjaya mengumpulkan seramai 90 orang peminat Siti Saleha untuk menonton bersama Siti Saleha di acara Movie Day Out With Siti Saleha. Acara pertama TSS tahun ni. ( yang keenam sejak ditubuhkan) 

Bergambar dengan kawan baik sebelum masuk :)


Acara diadakan di Cathay Cineplex eCurve pada 4.40 petang. Peminat mendaftar seawal jam 3.50 petang. Peminat yang hadir bukan saja dari kawasan Lembah Klang, malah terdapat juga yang datang dari utara, pantai timur, selatan dan sejauh Negara Brunei Darussalam. (Kementerian Pelancongan Malaysia patut bagi award kat TSS ni hehehe)

"Mascot" TSS Baby Aiman tak kisah hehehe
Kupon Wayang dan Makan (Gambar Ihsan Afiza)
Acara dimulakan dengan pendaftaran peserta diikuti dengan Tayangan Filem Kerat 14. Sebelum itu, tetamu kehormat kita iaitu Siti Saleha sempat memberi sepatah dua kata kepada peminat-peminatnya yang sudi hadir.

Ucapan :)
Panggung 6 penuh sehinggakan ada peminat yang kena duduk di baris paling hadapan. Sebenarnya masih ramai lagi yang ingin sertai acara ini tapi terpaksalah kami hadkan kerana terlalu ramai. Saleha sekarang mungkin tengah urut muka dia sebab letih senyum.

Nyum Nyum Nyum (Gambar Ihsan Afiza Yellow Spider)  :)
Selepas tengok wayang, kami bergambar kenangan ramai-ramai.
Terlalu ramai, sampai ada yang tak masuk frame hehehe

Kami bergerak ke Rasa Food Arena di bangunan bersebelahan untuk menjamu selera serta beramah mesra. Selain makan ada acara potong kek sempena birthday filem ni hehehe. Kek sungguh unik mungkin boleh cadangkan masuk Fear Factor hehehe.


Pengiktirafan peminat-peminat sempena Filem Saleha yang pertama. Ada berani? 


Selepas itu ada acara kuiz ‘gila-gila’ secrazee orang yang uruskannya hahaha. Semua soalan berjaya dijawab dengan tepat dan beberapa soalan terpaksa dibatalkan kerana dijawab oleh “kamus-kamus bergerak TSS yang hebat-hebat” kalah pak cik Google.

Poster-poster..Bila dah jumpa orangnya buat apa poster kan :P (Gambar Ihsan Afiza)


10 peminat berjaya membawa pulang cenderahati iaitu Poster Kerat 14 serta T-Shirt Kerat 14 sumbangan White Merpati Entertainment. Iaitu syarikat produksi filem ini.

Salah seorang peminat yang berjaya memenangi poster dan T-Shirt  Kerat 14


Bagi yang belum menonton filem ni, pergilah menonton. Sebahagian kami dah menonton 2 kali. Untuk ulasan filem ini, insyaAllah pada catatan akan datang. (Kerat 14 kini juga boleh dilanggan melalui Astro First)

Jangan Risau tak ada yg cedera di dalam gambar di atas 


Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Siti Saleha ,peminat-peminat, serta rakan media yang sentiasa menyokong Siti Saleha dan TSS. Kami mohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang majlis tersebut.


Suasana Kemeriahan Majlis (Gambar TSS dan  ihsan Afiza)


Kepada peminat-peminat, sudilah berkongsi pengalaman di blog ni. 

Senyumanmu pencetus sejuta Inspirasi :)


Kepada Sal, TSS Sayang Sal. Terima kasih kerana sentiasa ada untuk peminat-peminat. 


Berikut Video Ucapan Sal





-AdminEhsasjdeed

No comments:

Post a Comment