Saturday 29 June 2013

GLAM Raya Coach Special with Siti Saleha


Assalamualaikum TSS Sweetheartz sekalian ,

Kira-kira sebulan yang lalu Saleha terlibat dengan pengumuman media Memberku Hawa Musim ke-2. Kemudian Sal sibuk pula meneruskan penggambarannya bagi filem Tujuh. Walau bagaimanapun bagi peminat yang rindukan Saleha, selain melihat Sal kat TV setiap Rabu dan Ahad dalam Drama Memberku Hawa Musim Ke-2, Boleh lah tatap video ni pula.  



Gambar-gambar sekitar penggambaran untuk Coach bagi Majalah Glam Julai 2013. 
Jangan lupa dapatkan di pasaran

Sempena bulan puasa yang bakal menjelang ni, TSS sedang merancang untuk melaksanakan Majlis Berbuka Puasa bersama Siti Saleha pada 20 Julai jam 6 petang hingga 10 malam.RM60 seorang. Bagi mereka yang berminat, bolehlah memberi nama  dan no telefon kepada teamsitisaleha3@gmail.com

Acara di KL, mempunyai kemudahan parkir dan berhampiran pengangkutan awam. Lokasi sebenar akan diberitahu kemudian. Yang penting ada Siti Saleha :) Juadah berbuka secara buffet. Berdasarkan siapa cepat dia dapat. Segera daftar dan jelaskan bayaran  kerana  tempat terhad.

Terima kasih.

TSS Sayang Sal :)


-AdminEhsasjdeed

No comments:

Post a Comment