Saturday 3 August 2013

Majlis Berbuka Puasa Bersama Siti Saleha 2013

Secara tak rasmi, Team Siti Saleha (TSS) ditubuhkan pada Julai, Julai sekali lagi menjadi kenangan manis kerana kami berjaya menganjurkan event TSS yang seterusnya iaitu yang kelapan setakat ini. Berikut butiran event tersebut.:



Majlis Berbuka Puasa / Iftar Bersama Siti Saleha 20 Julai 2013.
Tempat : The Club, G Tower Hotel, KL
Kehadiran : 70 Peminat.
Door Gift - Buah Kurma & Photobook Event TSS - TSS
Hamper Hadiah Lucky Draw : Palmolive, 
Candy Buffet & Photobooth -Cekal Resources

Majlis ini mengimbau kenangan event pertama TSS iaitu Iftar di Shah Alam pada 20 Ogos 2011.

Backdrop Majlis


Pendaftaran bermula jam 6 petang nun di tingkat atas paras 28 G Tower Hotel yang menempatkan The Club. Suasananya amat selesa dan punyai pemandangan yang cantik.

Hadirin mengikuti acara di ruangan yang cukup selesa dan cantik
Ruangan Photobooth yang ditaja oleh Cekal Resources

Suasana Ruangan Jamuan The Club



Hadirin menerima sekotak kecil buah kurma madu dan ajwa serta photo book event TSS sebagai door gift pada hari tersebut.

Door gift untuk hadirin termasuk untuk media


Saleha mengenakan busana indah rekaan wanpa iaitu sepasang kebaya hitam yang amat sesuai dengan gayanya menghadiri majlis istimewa TSS. Solekannya pula oleh aemi agung.

Gaya menawan Saleha berkebaya.
Acara ini sebenarnya dirancang penuh santai kerana TSS sebenarnya adalah satu keluarga peminat yang besar. Selain dihidangkan dengan menu berbuka yang lazat, terdapat acara utama yang menjadikan majlis tersebut sesuatu yang Istimewa buat Saleha dan peminat-peminatnya.

Sebahagian kuih muih :)
Setelah hadirin menikmati hidangan berbuka puasa dan menunaikan solat fardhu Maghrib, pada kira-kira jam 8.30 malam, Dee Dee (Presiden TSS) & Amy ( Salah seorang admin TSS) mengacarakan majlis seterusnya. Majlis seterusnya ialah majlis anugerah dan penghargaan TSS kepada peminat-peminat Siti Saleha.

Sebanyak 3 kategori dipertandingkan iaitu:

  1. Anugerah Peminat Paling Gila( Gila tak tajuk ni tapi pemenangnya tak kisah hehehe)
  1. Anugerah Peminat Sanggup Datang Dari Jauh ..( Utara? Selatan? Timur? Barat? Seberang Laut? ..Semua datang semata-mata nak bersama Siti Saleha :) )
  1. Anugerah Peminat Paling Aktif Di Laman Sosial ( FB, Twitter, Emel , WeChat  dll :))
Admin-admin tak bertanding anugerah tersebut, admin-admin kira juri superprofesional la sebarang bantahan, ketuk meja atau pengiraan undi semula tidak akan dilayan hehehe.

Calon yang berjaya, membawa pulang hadiah penghargaan sekeping sijil yang ditandatangani oleh Siti Saleha. (*Senarai penuh pemenang di bawah artikel ini.)

Salah seorang pemenang anugerah dengan sijilnya dan Saleha...Siapa dia ? Rujuk senarai di penghujung artikel ni :) 
Acara diselang-seli dengan cabutan nama bertuah/separa bertuah. Saleha akan mencabut nama-nama dari senarai, dan hadirin dikehendaki menjawab soalan kuiz berkaitan Siti Saleha. Jika tidak dapat menjawab, dibenarkan meminta bantuan rakan. Pembantu yang menjawab dengan betul akan berkongsi hadiah dengan pemenang.

Salah seorang pemenang hadiah lucky draw
Ni pun pemenang hadiah lucky draw juga :)
Setelah ketiga-tiga anugerah diumumkan, majlis juga sempat meraikan belated birthday Syafinaz sahabat baik Saleha yang jatuh pada tarikh 8 Julai 2013 tahun ni. TSS menyanyi lagu birthday sambil fynaz potong kek kemudian.

Syafinaz, sahabat baik Saleha turut diraikan :)


Majlis juga mengadakan sesi soal jawab bersama peminat-peminat. Selain peminat bertanya soalan, Saleha juga turut bertanya soalan sebagai input memantapkan lagi bakat lakonannya pada masa akan datang.

Contoh beberapa soalan menarik :

Adakah seorang pelakon menggunakan eye mo untuk menangis?
– Soalan Peminat

Perlukah babak sedih menunjukkan seorang pelakon menangis? 
– Soalan Saleha

Saleha Sayang Saya ke Tak?  Siapa pereka baju Saleha? – Soalan Blogger

Majlis kemudian dipertontonkan dengan video ucapan sebahagian peminat-peminat Saleha. Berikut video tersebut:




Penghargaan utama pada malam itu dianugerahkan kepada Siti Saleha daripada TSS sebagai menghargai bakatnya serta kasih sayangnya kepada peminat-peminatnya. Sebelum majlis berakhir, Saleha memberi ucapan serta bergambar kenangan dengan peminat-peminatnya.

Dee Dee / CrazeeAdmin selaku Presiden TSS menyampaikan anugerah kepada Saleha :)
Anugerah Team Siti Saleha - Anugerah utama daripada peminat-peminat  kepada Siti Saleha








Senarai calon dan pemenang



1. Pemenang Anugerah Peminat Paling Gila - Alshilynn



2. Pemenang Anugerah Peminat Sanggup Datang Dari Jauh - Masjidah dari Brunei




3. Pemenang Anugerah Peminat Paling Aktif Di Laman Sosial - Zura Nbb


4. Pemenang Ala-ala Anugerah Kembara - Cahaya Syafinaz 



5. Pemenang Anugerah Team Siti Saleha - Her Gorgeousness Siti Saleha semestinya :)


Group Photo sebahagian hadirin , ramai juga yang jadi jurukamera :) 


Kami, Admin-admin TSS memohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang penganjuran majlis ini. Majlis kali ini diketuai oleh Kak Dee Dee (Crazee Admin) yang juga bertindak sebagai pengacara bersama dengan Kak Amy, Kak Jaja (AdminEhsasjdeed) di bahagian persembahan video dan pendaftaran bersama dengan Kak Lene,  Adik Nad (Admin) di bahagian door gift,  serta Kak Su di bahagian jamuan, jurukamera, juruvideo & hadiah. 

TSS mengucapkan Selamat Berpuasa, Salam Aidilfitri serta Maaf Zahir Dan Batin. 

TSS Sayang Sal









- AdminEhsasjdeed

No comments:

Post a Comment