Monday 29 February 2016

Aktiviti Siti Saleha & TSS Sepanjang Bulan Januari 2016


Assalamualaikum dan salam sejahtera TSS sekalian,

Maaf admin-admin agak sibuk sampai tak terkejar nak mencoret / mengupdate blog TSS ni. Namun kami juga ada kemaskini laman sosial kami yang lain seperti FB, IG dan Twitter sebelum ini.

Kami mengucapkan Selamat Tahun Baru buat semua (qada ucapan haha).
Januari merupakan bulan yang sibuk buat kesayangan kita Siti Saleha. 

Berikut antara aktiviti-aktivitinya serta TSS sepanjang Januari 2016.

1. Majlis Perkahwinan Siti Rohana 




Tahniah kepada Siti Rohana yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya pada awal tahun ini. Cik Siti Saleha kita jadi pengapit adik kesayangannya. Tahniah buat Saleha sekeluarga. 

2. Bercuti Ke Australia

Permulaan tahun baru Saleha bercuti ke Australia sebelum menyertai pelbagai program yang telah diatur untuknya.

3. Filem Langit Cinta Mula Ditayangkan




Filem Langit Cinta mula ditayangkan pada 7 Januari 2016. Di dalam filem ini, Saleha berlakon sebagai Dr. Suzana. Filem ini turut dibintangi oleh Fazura, Keith Foo dan Farid Kamil. Arahan Osman Ali.

4. Menyertai Promosi Filem Langit Cinta



Penerbit Filem Langit Cinta giat menjalankan promosi filem mereka ke seluruh negara. Saleha menyertai promosi filem ini di Pulau Pinang pada 9 Januari 2016. 




Promosi tersebut turut dianjurkan oleh Kedai Buku Popular. Novel Langit Cinta karya Damya Hanna hasil adaptasi daripada skrip filem ini juga boleh mula dibeli dengan kulit buku rekaan poster filem. Novel turut menyelitkan gambar-gambar sewaktu penggambaran.




TSS yang lapang mengambil kesempatan menyertai dan mengiringi Siti Saleha sewaktu acara ini. Mereka juga turut melawat panggung yang menayangkan filem ini di Queensbay Mall Pulau Pinang.

5. Cinta Sampai Langit Bersama Sallywho




Acara TSS yang ke-17 ialah Cinta Sampai Langit Bersama Sallywho Menonton Filem Langit Cinta. TSS adakan Movie Day Out dengan Siti Saleha pada 10 Januari 2016. 





Seperti kebiasaannya apabila filem Saleha keluar panggung, 1 Panggung TSS tempah untuk menonton filem ini. Peserta kira-kira 98 orang termasuk Saleha serta Damya Hanna penulis Novel Langit Cinta.








Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyertainya, ajk ad hoc yang bersama-sama menjayakan majlis. Tidak dilupakan kepada penaja-penaja yang sudi menaja kami. antaranya :

1. Poster Kalendar - The Color Studio
2. Button Badge - ExcellTecnologies
3. Key Chain - TSS
4. Photo Booth - The Gerai Foto




Peserta yang menyertai acara ini memperolehi tiket wayang Langit Cinta , set air tin dan pop corn , poster kalendar Cinta Sampai Langit, 2016 , key chain, button badge, foto segera bergambar dengan Saleha di photo booth The Gerai Photo. Memang berbaloi dengan bayaran penyertaan yang cukup minima. Selepas acara, Saleha turut berkongsi pengalamannya sewaktu berlakon filem ini dengan peserta.







6. Penggambaran Travel Log Singapura




Sambil bercuti di Singapura, Saleha merakamkan pengalamannya dalam satu rancangan pelancongan anjuran Tourism Singapore. Saleha disediakan dengan sebuah bilik di Hotel South Bay dan percutian 3 hari 2 malam itu membawanya melawat ke tempat-tempat menarik di Singapura antaranya:

1. Restoran Mamanda (makan Nasi Ambang)
2. National Art Gallery Singapore 
3. Bangunan City Council dan Supreme Court
4. Aura Sky Lounge 
5. Garden By The Bay
6. ArtTeaStiq (Kedai Lukisan)

dan banyak tempat lagi. 



7. Menjadi Pengacara Majlis (EmCee) 

Bakat Saleha di bidang pengacaraan secara langsung digilap sekali lagi dengan bertugas sebagai pengacara majlis pertandingan anjuran CIMB. Asean Stock Exchange Challenge. 




8. Latihan Sketsa untuk Pementasan Acara Telekom Malaysia. 




Saleha menyertai latihan  Playground Pictures  mempersembahkan sebuah sketsa untuk Telekom Malaysia sempena acara mereka di Gambang , Pahang pada Februari 2016. 


9. Pengesahan Penyertaan Teater Zombie La La La




Saleha mengesahkan akan menyertai Teater Zombie La La La yang akan dipersembahkan pada bulan Februari 2016. TSS pula mengesahkan akan menontonnya pada 14 Februari 2016 jam 8.30 malam bersama sesi meet & greet selepas teater.




Tu dia itu baru bulan Januari 2016 ..bersambung pula ke bulan Februari 2016 di post akan datang insya-Allah. 

TSS Sayang Sal

- AdminEhsasjdeed

*Gambar pelbagai sumber. Kt kepada tuan punya gambar. Terima kasih.


No comments:

Post a Comment