SITI SALEHA MENYANYI DI KONSERT TAPESTRY OF COLOURS 2015

Assalamualaikum,






17 Mei 2015 yang lalu, satu lagi detik bersejarah bagi artis kesayangan kita Siti Saleha apabila diundang untuk menyanyi di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas (DFP),KLCC sempena Konsert Tapestry Of Colours anjuran Universiti Teknologi Petronas (UTP), Yayasan UTP,dan  Alumni UTP. 

Siti Saleha mendendangkan lagu Ghazal 4 Dara sewaktu Konsert Tapestry Of Colours
di Dewan Filharmonik Petronas


Konsert tersebut untuk mengumpul dana menyokong Yayasan UTP dan bersifat kebajikan bagi membantu pengajian pelajar-pelajar dengan menyediakan sumbangan biasiswa kepada yang layak.

Menurut Datuk Dr. Abdul Rahim Hashim Naib Canselor UTP dalam ucapannya, konsert tersebut telah berjaya mengumpul dana berjumlah kira-kira RM1.4 juta dan disokong oleh pelbagai penaja yang menaja dalam bentuk sumbangan wang dan sumbangan lain seperti solekan pelajar-pelajar yang mengambil bahagian serta barang kemas artis undangan. 


Tun Siti Hasmah tetamu kehormat yang sudi meluangkan masa menonton konsert ini.





Tun Siti Hasmah turut melapangkan masa menghadiri dan menonton konsert tersebut yang mempersembahkan nyanyian dan tarian kebudayaan pelbagai bangsa di Malaysia serta persembahan pelajar antarabangsa.


Saleha mendendangkan lagu Ghazal popular 4 Dara


Sebagai artis undangan, Siti Saleha menyampaikan 3 buah lagu pada sesi sebelah petang iaitu lagu tradisional Ghazal 4 Dara yang sebelum ini dipopularkan oleh Allahyarhamah Dato' Sharifah Aini, lagu Four Five Seconds pula, Siti Saleha berduet dengan abangnya Shamsul Anuar atau Sam BunkFace dan lagu terakhir adalah lagu Stand By Me nyanyian bersama Dato' Naib Canselor serta artis-artis yang lain.
Gaya dah ada tu.
Berduet bersama Sam BunkFace pada sesi sebelah petang.
Persembahan pembukaan Sireh Pinang


Pada sesi sebelah malam pula Saleha sekali lagi menyampaikan lagu ghazal 4 Dara dan Stand by Me. Hadirin amat terhibur dengan semua persembahan yang dipersembahkan kerana peserta-peserta yang mengambil bahagian bukan calang-calang kumpulan. Kebanyakan mereka turut pernah menyertai dan memenangi kejuaraan pertandingan antarabangsa. Selain kumpulan-kumpulan seni pelajar-pelajar UTP, konsert turut disertai oleh kumpulan Gamelan pelajar Sekolah Agama Alam Shah dan Kumpulan Zapin pelajar Sekolah Seni Johor.


Bagi kita Team Siti Saleha dan pihak UTP, kerjasama Siti Saleha dan UTP tidak asing lagi.
Sebelum ini, Siti Saleha pernah terlibat dengan acara bersifat kebajikan juga iaitu sumbangan kepada rumah-rumah anak yatim anjuran UTP dengan kerjasama TSS melalui kutipan derma program Menggapai Impian.


Imbas kembali sewaktu menyampaikan derma program Menggapai Impian penghujung 2013


Baru-baru ini juga, Siti Saleha pernah diundang oleh UTP untuk memberi ceramah tentang 'Personal Grooming' kepada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian.


Imbas kembali Siti Saleha menyampaikan ceramah tentang Personal Grooming di UTP. 


Kali ini tawaran untuk pertama kali menyanyi di hadapan khalayak di pentas berprestij memang sukar ditolak. Populariti Saleha berjaya menarik minat penonton apabila tiket tontonan untuk kedua-dua sesi terjual penuh (Sold Out). Mari kita ikuti petikan rakaman media yang turut menyaksikan persembahannya.




Sumber Meletop Astro.



Seperti biasa sebahagian ahli TSS juga turut hadir memberi sokongan.


Sesi Petang


Sesi Malam
 Kami la yang sabotaj lagu Camelia jadi Saleha hahaha. Sebab...

TSS Sayang Sal

- AdminEhsasjdeed


*gambar pelbagai sumber kt tuan punya gambar :)  

No comments:

Post a Comment