Teater & Pentas

Teater

2009

1. Stage Theraphy




Sebaik tamat tingkatan 5, Siti Saleha mula memikirkan perkembangan kerjayanya dalam bidang lakonan pula memandangkan beliau telah pun terlibat berlakon iklan sejak umurnya 11 tahun.

Pada tahun 2008, setelah pulang bercuti dari UK, seorang kawannya menawarkannya mencuba bakat dalam Teater. Beliau mencuba dengan menjalani ujibakat dan berjaya mendapat watak untuk teater pertamanya yang berjudul Stage Therapy. Teater tersebut dipentaskan pada tahun 2009.

Pada Majlis Berbuka Puasa 20 Ogos 2011, beliau berkongsi pengalamannya bersama peminat. Baginya berlakon teater berbeza dengan lakonan skrin, lebih mencabar kerana dipersembahkan secara langsung. Tambahan pula, suaranya dirasakan lebih sesuai untuk skrin kerana agak lembut berbanding teater yang perlu mempunyai suara lantang. Walau bagaimanapun beliau berjaya akhirnya melakonkan watak tersebut. Berdasarkan pengalaman tersebut, beliau kagum dengan penggiat teater kerana baginya bukan mudah berlakon teater.



Berikut video sewaktu Majlis Berbuka Puasa 20 Ogos 2011.
Acara pertama anjuran TSS

video


2014

2. Asrama-RA All Stars

Ini merupakan teater kedua Siti Saleha selepas teater pertamanya 5 tahun lalu. Saleha memegang watak Laili salah seorang pengawas sekolah Asrama SK Mulia yang terlibat dalam Kem Kepimpinan Sekolahnya. 


video

Asrama-RA AllStars mengisahkan tentang sekumpulan pelajar sekolah yang sedang menjalani kem kepimpinan di asrama sekolah mereka sendiri, sambil diiringi oleh Cikgu Sabariah dan juga Cikgu Adam.

Pada malam terakhir mereka di sana, dua orang pelajar perempuan, iaitu Suhaila dan Nabila mengalami histeria secara tiba-tiba dan perkara menjadi semakin rumit apabila kejadian demi kejadian berlaku, Cikgu Adam dan Cikgu Sabariah juga terlibat dalam kejadian ini.

Dalam masa yang sama mereka didatangi mimpi-mimpi ngeri yang bercerita tentang rahsia mereka masing-masing dan mimpi tersebut berkaitan dengan kematian kawan baik mereka, Nor.

Dalam keadaan yang keliru dan penuh prasangka diantara mereka, wujud satu petelagahan besar yang membawakan kepada pembongkaran sebenar punca Nor yang mati membunuh diri dengan menggantungkan dirinya di dalam bilik asrama yang sedang didiami pelajar-pelajar tersebut ketika itu.


Pementasan pada 16-19 Oktober 2014 di Pentas 1 KLPAC. Dapatkan tiket di www.ticketpro.com.my atau telefon  0107603101.
video


2015

Persembahan Konsert Tapestry Of Colours Di Dewan Filharmonik Petronas KLCC



KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) - Yayasan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Teknologi Petronas, UTP Alumni dan Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) akan bersama-sama menganjurkan Tapestry Of Colours 2015 - konsert menyokong Yayasan UTP (YUTP). 

Ini merupakan konsert penjanaan dana yang akan diadakan di DFP pada 17 Mei 2015, jam 3.00 petang dan 8.30 malam. Perkara ini telah diumumkan oleh Datuk Ir (Dr) Abdul Rahim Hashim, Naib Canselor UTP pada sidang akhbar 13 Mac 2015. 

Pada sidang akhbar itu, media juga telah dipersembahkan dengan empat persembahan pratonton konsert tersebut iaitu Sireh Pinang, The Ox Battles the Tiger, Tarian Mozambique dan Tarian Bhangra. Tapestry of Colours 2015 adalah satu acara gala yang memaparkan muzik medley yang kaya dengan lagu-lagu dan tarian warisan budaya tempatan dan antarabangsa. Konsert itu akan mempamerkan kumpulan lebih 200 pelajar berbakat yang terdiri daripada Kumpulan Seni Persembahan UTP, Kumpulan Gamelan UTP , Kumpulan Orkestra Cina UTP, Kumpulan Bhangra UTP, Kumpulan  Kebudayaan Pelajar Antarabangsa UTP. 

Anjuran ketiga sejak penubuhannya pada tahun 2010, tahun ini juga akan melihat artis popular, Siti Saleha, membuat persembahan pada konsert itu. Tetamu Kehormat untuk konsert tersebut ialah Tun Dr Mahathir bin Mohamad,yang merupakan Canselor UTP dan Isterinya ,Tun Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali. 

Tiket untuk Tapestry of Colours 2015 boleh didapati melalui DFP Box Office, secara atas talian di www.dfp.com.my atau melalui telefon di 603-2331 7007. Harga dari RM30 hingga RM100. 

Perolehan daripada jualan tiket akan disalurkan kepada Yayasan UTP (YUTP), sebuah yayasan yang memainkan peranan penting dalam mencari sumbangan dan  menjalin perkongsian baru dengan individu dan organisasi. 

Yayasan menyokong UTP melalui fasa pertumbuhan seterusnya sebagai institusi pendidikan utama yang menggalakkan kreativiti dan inovasi. Sumbangan kepada UTP akan menyediakan banyak dana yang diperlukan untuk pemberian biasiswa kepada pelajar yang layak, menyokong penyelidikan dan inovasi, pembangunan aktiviti yang berkaitan dengan seni, sukan dan kebudayaan, dan menyokong pentadbiran universiti. 

Sebarang sumbangan kepada YUTP ini  juga dikecualikan cukai. Sejak penubuhannya pada tahun 2010, YUTP telah memberikan biasiswa dan dermasiswa lebih daripada RM3.5 juta dengan kira-kira 400 pelajar sebagai penerima manafaatnya. 

SUMBER: Universiti Teknologi PETRONAS 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, 

SILA HUBUNGI: 
Nama: Suhaila Sharaini 
Jabatan Perkhidmatan Korporat, Universiti Teknologi PETRONAS 
Tel: 05-3688249 | 013-225 0375 
E-mel: suhaila_s@petronas.com.my 

--BERNAMA




2016



Teater Zombie LaLaLa di Istana Budaya 

Saksikan teater Zombie LaLaLa yang akan dipentaskan di Istana Budayabermula dari 13 hingga 21 Februari 2016. 

Teater yang menggunakan genre komedi seram membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Zulin Aziz, Amy Mastura, Amar Baharin, Janna Nick, Hafrezz Adam, Siti Saleha, Mei Fen dan ramai lagi.

Teater ini diterbitkan oleh CTRA Production dan diarahkan oleh A.Aris Kadir dan Erma Fatima. 

Sinopsis 

Sekumpulan ketua zombie dari China, Amerika Syarikat, Eropah, Indonesia, Mexico, Thailand dan Mesir telah belayar menaiki sebuah kapal ke Ibu kota Kuala Lumpur. Kononnya, mereka mendapat tahu bahawa formula untuk mengembalikan kecantikan dan ketampanan mereka telah ditemui di sana. 

Berita yang disebarkan oleh Miss-K iaitu Presiden Zombie Sedunia menyebabkan mereka ingin mengadakan pertemuan dan mencari formula tersebut bagi mengembalikan wajah dan tubuh mereka supaya kembali menjadi kacak dan jelita selepas terkena jangkitan virus perosak itu. 

Dalam masa yang sama mereka juga mahu melancong dan melihat keindahan Kuala Lumpur. Pelbagai insiden lucu muncul ketika mereka menceritakan bagaimana jangkitan virus itu berlaku dan bagaimana kehidupan mereka sengsara. Apakah formula itu? Apakah misi mereka untuk menjadi cantik dan tampan menjadi realiti?